Hijab Organiser.

~~HIJAB ORGANISER~~

Lumrah wanita mempunyai banyak tudung. Kita ada tudung yang berbeza untuk acara yang berbeza, betul tak? Untuk pergi kerja lain, untuk pergi kenduri lain, untuk pergi pasar lain.

Untuk memenuhi keperluan kita yang pastinya banyak tudung, haaa perkenalkan HIJAB ORGANISER.


Ada 28 lubang semuanya jadi kita boleh sumbat je tudung dalam tu. Tak payah kecoh-kecoh nak lipat ke nak sangkut hanger satu-satu ke hapa ke. Bermacam jenis tudung boleh masuk hatta Ariani, Hajaba, Pashmina, Selendang Yuna, tudung RM5 pun boleh. Hijab Organiser ini diperbuat daripada besi jadi walaupun penuh dengan tudung-tudungan, ianya tidak melendut ke bawah seperti hanger yang boleh didapati dari XXXX [nama kedai terpaksa dirahsiakan tapi uols agak-agak la dari bilangan Xnya tu hehe]

Harga = RM25
Kos pos = RM7
Terdapat pelbagai pilihan warna!

Hand deliver pun boleh untuk Menara TM dan kawasan sekitarnya.

Ni dia contoh letak tudung ye. Tudung I bling bling gitu. Ahaks.


Read more...

Sekitar Jualan Akhir Tahun @ Menara TM.

Kali ini kami terpaksa menggunakan ruang yang lebih banyak, kerana pertambahan product gara-gara sambutan yang memberangsangkan. Kami mengucapkan berbanyak terima kasih kepada yang telah berkunjung ke booth kami. Enjoyzz the piccas!

Tapi terlupa nak ambil gambar masa orang berkerumun di booth. Ada gambar masa awal setup booth saja :-( Lagi pun, mana sempat! Nak bernafas pun payah!





Antara komen-komen yang kami terima:

Wah best lah booth ni.
Cantik-cantiknya tudung.
Eh ada cabutan bertuah?
Eee comelnya pin tudung!!
Kak, yang tak beli pun boleh dapat hadiah free tak?
Ada juga yang terkejut bila dapat tudung free. Siap boleh pilih sendiri lagi. Kat bawah ni ada gambar antara pemenang-pemenangnya. Tak dapat ambil semua sebab bateri kamera weak. Malam sebelumnya anak dara saya dok godeh kamera rupanya huhu.


Kak Nani menayang tudung kotennya yang baru. Nampak sangat masih terkejut dapat menang tudung free hehe.


Wah wah suka betul Shima. Tengok la hadiah yang dipilihnya... pashmina belang-belang striking pink gitu.

Nantikan lagi jualan Pretty Modesty akan datang!

Read more...

Jualan Akhir Tahun.

PRETTY MODESTY BAKAL MENGGEGAR LAGI!

Mungkin ada yang kecewa tak berkesempatan berkunjung ke gerai Pretty Modesty bulan lepas. Saya pun kecewa juga sebab tiba-tiba pihak penganjur beritahu jualan pada esok harinya terpaksa dibatalkan. Padahal semangat dah membara dan berkobar-kobar ^_^

Tapi takpe. Pretty Modesty akan sekali lagi mengadakan jualan di Tingkat LG1 Menara TM pada 21 - 22 Disember 2009 (Isnin & Selasa depan) sempena Jualan Akhir Tahun. Kali ini dengan promosi yang lebih menarik. Jeng jeng jeng.

Untuk setiap pembelian, anda akan pilih hadiah anda sendiri. Kami hulur mangkuk berisi kertas yang dilipat-lipat, anda baca bismillah, tutup mata dan pilih satu. Ha sapa tahu anda mungkin bakal pulang dengan tudung percuma yang anda pilih sendiri.

Dah la dapat hadiah, ada diskaun lagi! Jualan Akhir Tahun la katakan ^_^

Ajaklah kawan datang beramai-ramai dan gempakkan suasana!

Read more...

Jualan Hari Raya Korban.

Pengumuman Penting
WAJIB BACA ^_^

Pretty Modesty akan mengadakan jualan di Tingkat LG1 Menara TM (di hadapan Bank Islam) pada 23 - 24 November 2009 (Isnin & Selasa depan) sempena Hari Raya Qorban.

Barang yang bakal diperdagangkan termasuk tshirt muslimah bermotif batik kontemporari, tudung trend terkini, dan blouse mix-and-match dengan harga bermula RM20.

Datanglah ke booth Pretty Modesty dan beritahu kata kunci ini:

Saya suka Pretty Modesty.

dan dapatkan hadiah istimewa untuk 10 pembaca pertama yang bertuah.

Ajaklah kawan datang beramai-ramai dan gempakkan suasana!

Read more...

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP