Button Hijab Measurement

Length from chin:
L = 63.5 cm +/-
XL = 71 cm +/-

Read more...

RWT Hijab Measurement


Length from chin:
L = 50 cm +/-
XL = 57.5 cm +/-

Read more...

Jualan Amal Pretty Modesty

Baru-baru ini saya mendapat khabar tentang seorang kawan lama, Ramilawati Mustafa. Kami sama-sama bersekolah di Sekolah Tun Fatimah Johor Bahru sejak Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Saya sekelas dengannya ketika Tingkatan 4 dan 5, malah dorm kami hanya sebelah menyebelah.

Saya mengenali Mila sebagai seorang gadis genit yang comel dan ceria. Masih teringat gaya jalannya. Langkah langkah yang pendek tetapi pantas. Namun beberapa tahun yang lalu, dikhabarkan dia menghidap sakit saraf yang rare dan dia memerlukan bantuan untuk berjalan. Kini, dia sudah pun lumpuh.

Betapa luluhnya hati saya. Dari setahun ke setahun saya berhajat mengunjunginya di Terengganu. Berkali-kali saya menyampaikan hajat kepada suami, tetapi tak pernah ada peluang. Kali ini, saya berazam untuk melakukan sesuatu.

Untuk itu, mulai hari ini sehingga 28 Februari, saya akan menganjurkan Jualan Amal Pretty Modesty dimana 30% daripada kutipan jualan akan disalurkan ke Dana Ramilawati. Mila memerlukan dana untuk menampung belanja perubatannya. Saya sangat-sangat berharap para pembaca boleh menyokong jualan amal ini sama ada dengan membeli atau mengwar-warkan jualan amal ini kepada rakan-rakan yang lain.

Jasa anda amat-amat dihargai.

Read more...

Hijab Organiser.

~~HIJAB ORGANISER~~

Lumrah wanita mempunyai banyak tudung. Kita ada tudung yang berbeza untuk acara yang berbeza, betul tak? Untuk pergi kerja lain, untuk pergi kenduri lain, untuk pergi pasar lain.

Untuk memenuhi keperluan kita yang pastinya banyak tudung, haaa perkenalkan HIJAB ORGANISER.


Ada 28 lubang semuanya jadi kita boleh sumbat je tudung dalam tu. Tak payah kecoh-kecoh nak lipat ke nak sangkut hanger satu-satu ke hapa ke. Bermacam jenis tudung boleh masuk hatta Ariani, Hajaba, Pashmina, Selendang Yuna, tudung RM5 pun boleh. Hijab Organiser ini diperbuat daripada besi jadi walaupun penuh dengan tudung-tudungan, ianya tidak melendut ke bawah seperti hanger yang boleh didapati dari XXXX [nama kedai terpaksa dirahsiakan tapi uols agak-agak la dari bilangan Xnya tu hehe]

Harga = RM25
Kos pos = RM7
Terdapat pelbagai pilihan warna!

Hand deliver pun boleh untuk Menara TM dan kawasan sekitarnya.

Ni dia contoh letak tudung ye. Tudung I bling bling gitu. Ahaks.


Read more...

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP